Followers

Monday, February 20, 2012

semester enam

PEACE BE UPON YOU...

sedar tak sedar, 
masa berlalu macam air paip..
dah bermula semester baru
sekejap je nak habis 3rd year
*i have 2 more years to go*
semester baru mesti nak berharap-harap agar harapan menjadi kenyataan tika result final semester keluar
jom DOA!

"Ya Allah, semoga semester baru ini lebih baik daripada semester yang lepas"

AAMMMIIIIINNNNNN.

selamat maju jaya kawan-kawan!


p/s:
jom kita buat perancangan dalam planner
rancang program
rancang kewangan
rancang masa
rancang dengan sebaiknya dan LILLAHI TA'ALA~
dah masuk sem baru dah ni! ^^,

Wednesday, February 15, 2012

I'm a new blogger

PEACE BE UPON YOU...


situasi nya begini:

..............................................................................................................

mee : Beb, Tdo Da Ke?

mizah : Blom. Tp Isi Umah Da Tdo La.

mee : Haha.. Bru Bc Blog Ko, Tp Bila Ko Lambat Reply Aku Dah Lupa Kenapa Aku Text Ko.. :( Kthnxbai..

mizah : Cheit! Xguna. Aku Terpakse Pakai Sos Topap Ni Tau Nk Reply Kau. Haha. Cpt2 Igt Balik.

mee : Pergh! Terharu Gila! Tp.. Siyes Aku Lupa..Huhu

mizah : Kthxbye. Slmt Pg. Wasalam. :p

mee : Ha! Ingat Dah! Pasal Twiter Button Kat Blog Ko, Cane Nk Buat Ek?

mizah : Sengal! Haha. Pi Kt Twitter La, Aku Bt Kt Situ X Silap Aku. Xpun Ko Bt Link Dr Image Jelah.

...............................................................................................................

sampai disini.

aha, terima kasih cik mizah adam sebab bagitahu saye sengal *dah biase dengar dah*. kesian mizah kena ganggu pagi-pagi buta ni *eleh, die tak tido lagi* tengok, lepas je mesej ko, aku terus buat post haha *macam best lak kite borak an*

tujuan buat post ni dengan harapan agar aku tidak LUPA ataupun berlaku SHORT-TERM MEMORY LOSS dan juga SENGAL terlebih tu. *konon, macam lepas ni dah tak buat dah*


p/s: To Mizah,
haha..sos topap itu mengharukan daku
penat tengok inbox and outbox semata-mata nak buat dialog ==''
aish, weyh xpandai mengarang lagi!
and, taraahhh tweet button baru, meh follow meh!

jangan pertikai kenapa ISLAM berkata jangan

PEACE BE UPON YOU...






JANGAN
jangan sengaja lewatkan solat,
jangan masuk ke tandas, tanpa alas kaki,
dikhuatiri terpijak najis akan mengotori seluruh rumah,
jangan makan dan minum dlm bekas yang sumbing/pecah,
makruh kerana ia membahayakan,
jangan biarkan pinggan/mangkuk tidak dicuci,
makruh kerana ia mewarisi kepapaan,
jangan tidur selepas subuh,
nanti rezeki dijauhkan,
jangan makan tanpa membaca BISMILLAH,
nanti rezeki dikongsi syaitan,
jangan keluar rumah tanpa niat untuk kebaikan,
takut2 mati dalam perjalanan,
jangan pakai kasut/selipar yg berlainan pasangan,
makruh dan mewarisi kepapaan,
jangan biarkan mata liar di perjalanan,
nanti hati gelap diselaputi dosa,
jangan menangguh taubat bila berdosa,
kerana mati boleh datang bila-bila masa,
jangan ego untuk meminta maaf,
kerana kita memang selalu melakukan kesilapan,
jangan mengumpat sesama insan,
nanti rosak persahabatan,
jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam hidup kita,
nanti sombong bila berjaya, bila gagal kecewa pula,
jangan bakhil untuk bersedekah,
ianya memanjangkan usia kita,
dan memurahkan rezeki kita,
jangan banyak ketawa,
nanti mati jiwa,
jangan berbohong,
kerana ianya ciri-ciri munafik,
jangan menganiaya sesama makhluk,
doa mereka cepat dimakbulkan,
jangan pertikai kenapa ISLAM berkata JANGAN,
semuanya untuk kesejahteraan kita,
JANGAN biarkan saja post ini disini,
hantarkan kepada semua saudara ISLAM kita,
sesungguhnya ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik
untuk hamba2 NYA.

- share from FaceBook



p/s:
jom berkongsi~

Tuesday, February 14, 2012

SMP oh! SMP

PEACE BE UPON YOU...


ALHAMDULILLAH..
.^^,
syukur sangat-sangat! sebab dapat daftar kursus korea I (nak jugak amik walau dah amik!)
dan dapat daftar balik koko boling lepas drop kejap tadi
takut gila tak dapat lagi amik koko sem baru ni sebab sem lepas tak dapat amik koko renang dengan alasan yang munasabah..*err coach die lelaki la*
nak tahu tak, sistem daftar subjek UPM ni kurang memuaskan la!
must be 12 credit hour or above baru boleh daftar subjek, if not, jangan harap la nak daftar satu subjek pun. lebih credit pulak kena mohon lebihan kursus, tapi yang tak tahan nya kena menunggu permohonan kita diterima atau tak.
dan apabila sistem dikawal seratus peratus oleh komputer, jangan harap nak dapat time table best. 

contoh: jumaat: 10-12 tgh hari-epidemiologi
=='''''''''''

bila komputer bengong kepeningan, haa..lagi haru amali dengan lecturer lain, kuliah dengan lecturer lain, satu hal kena buat manual, kami student ni ha yang kena.

tadi berlumba dengan komputer untuk dapatkan subjek korea I, subjek ni ada 5 kelas tapi hanya satu kelas die je yang dapat ngam with my time table, siap bukak dua tab la untuk daftar smp p, satu jadi spy tengok kalau-kalau kuota untuk kelas tu dah penuh ke belum, se lagi get ready untuk daftar kursus, berdebar-debar la jugak. haha.
setiap sem kena berperang macam ni kalau nak ambil subjek yang famous kat UPM ni.
previous smp system is much more better than latest one.
komplen jap. hee.


p/s:
to UPM student
always aware!
dan bersedia dengan internet laju gila meroyan
supaya kita yang dapat konker line smp
muahaha

Monday, February 13, 2012

for one more day

PEACE BE UPON YOU...



Mitch Albom - For One More Day
original price: $21.95 US
buy price: RM8.00


*dah update post tiap-tiap hari..hee*
first phrase in the book.."every family is a ghost story.."
phrase I like.."children get embarassed by their parents. just a child who hasn't lived long enough." and I think everybody experience the feeling.
very murah! why? ^^, who know about BIG BAD WOLF BOOK SALE?
who don't know..GGRKS la..hehe

tentang seorang anak lelaki dan ibunya
macam tipikal story in the beginning, interesting part is when he meet his dead mother. as his wish for one more day nak jumpa ibunya yang dah meninggal, bagitahu his lies and how much he missed her. nak tahu lebih? baca sendiri..pinjam saye punya pun boleh..^^

kenapa beli buku ni? sebab tajuk nya..
FOR ONE MORE DAY
first impression : bagilah saya peluang sekali lagi.. pleaseee~ 
err..macam tu la fantasi saye bila nampak tajuk buku ni..hehe



p/s:
susah la nak buat ayat bahasa inggeris.
my bad.

Sunday, February 12, 2012

muhasabah diri

PEACE BE UPON YOU...






"Untuk tenangkan hati ingat MATI dan BERTAUBAT.
 InsyaAllah segala peristiwa lama dan perkara menyakitkan hati akan hilang. 
Bila kita FOKUS pada cara mendapat HUSNUL KHATIMAH dan REDHA ALLAH perkara lama akan hilang.
Salah satu sifat EGO ialah CEPAT MARAH dan PAYAH MEMAAFKAN kerana kita rasa diri kita besar dan kenapa orang harus buat sesuatu kepada kita. 
Cuba RENUNG KESILAPAN kita pada orang dan PERBAIKI DIRI bukan ingat kesilapan orang pada kita. 
Kita hanya akan dapat apa kita telah buat. 
Jika orang sakitkan hati kita erti kita pernah sakitkan hati orang lain.
MUHASABAH DIRI SELALU. 
Cuba audit apa emosi kita bila bangun tidur.
 Ia akan menentukan seluruh hari kita.."

Saturday, February 11, 2012

urusan Allah tiada siapa yang tahu

PEACE BE UPON YOU...


little words for us today ^^,


"JANGAN SIBUK DENGAN URUSAN ALLAH,
 TAPI SIBUKKAN DIRI DENGAN URUSAN KITA PADA ALLAH."
-someone



p/s:
jom muhasabah diri

Friday, February 10, 2012

i won't give up

PEACE BE UPON YOU...



When I look into MY eyes (IN THE MIRROR)
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul? (ASK TO MYSELF)

I won't give up on MYSELF
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love (TO MY LIFE)
I'm still looking up

And when I needing MY space (ERR.. NOT SOCIAL NETWORKING)
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what I find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
I got a lot to learn
ALLAH knows I worth it
No, I won't give up

SAYA TAK AKAN MENGALAH!
^_^




ORIGINAL SONG: JASON MRAZ-I WON'T GIVE UP



p/s:
made up by myself.
point tukar lirik sebab 
nak bagi faham lebih sikit
hehe


membaca, menulis tulisan jawi

PEACE BE UPON YOU..


^                                                                                      ^

selamat datang ke blog cik Nurdiyana yang baru sahaja lepas dibaikpulih setelah hampir setahun tiada update dalam blog ini. 

...
..
.

topik hari ini : lancarkah kita membaca, menulis tulisan jawi?

kenapa tajuk tiba-tiba pasal tulisan jawi? hmm, awal bulan februari hari tu saye ada baca keratan daripada surat khabar Utusan (waahhh, bajet baca paper!), seorang profesor warganegara Korea yang fasih berbahasa melayu meluahkan kekecewaannya mengenai penggunaan tulisan jawi di kalangan penduduk negara Malaysia sangat-sangat kurang. beliau ada menyatakan golongan pakar tulisan jawi kuno dalam Malaysia semakin berkurangan dan tiada pelapis, tulisan jawi tak dipraktikkan, dan sebagainya la.

oh kay, malu sekejap. orang Korea yang kecewa. kita?
ha, cadangan saye, kalau korang ingat-ingat lupa tulisan jawi ni, jom bukak balik buku pendidikan agama sekolah rendah, belajar balik membaca dan menulis. dalam surat khabar utusan pun ada halaman bertulisan jawi (baru je praktis membaca tadi ^^,). kita patutnya bangga sebab kita ada tulisan kita sendiri~



p/s:
lama sudah tidak menaip, kekok rasanya.
huhu

Friday, June 10, 2011

HELLO to the webWORLD!

ASSALAMUALAIKUM...

fuuwaahhhh
almost 4 months tak update kat blog kesayangan ni
do i have silent readers?
kalau ada, I'M SORRY~
lately sooooo banyak perkara yang berlaku
one of the biggest reason is because of my sister got an accident.
she badly injured.
dia kemalangan pun betul2 pada tarikh last aku post dekat blog ni.

hurm,
perlu tak untuk bercerita apa yang erlaku for the past 4 months ni?
..
..
..
maybe i will..
but, take it slow~
one by one
if..
saya ingat~
heee..

that's all untuk post yang sekian lama nya tidak keluar.
ha, lagi satu..
terima kasih yang sudi untuk folow blog ni walaupun 4 bulan x bertambah postnye


^^,

p/s:
saya sudah bekerja!
n_n

Thursday, February 24, 2011

untuk AWAK!...n__n

assalamualaikum...


TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan

dalam 1 pertemuan ditetapkan 2 hati

saya dan awak

dalam 2 hati TUHAN berikan 3 rasa

sayang, kasih, dan kasihan

dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan

berkenalan, bertemu, berkawan, dan bersama

dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan

teman baik selalu di sisi

dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian

sayang, kekal, setia, mengerti, menghargai, mengingati

serta dalam 6 perkataan itu tersimpul 7 huruf


iaitu

SAHABAT


p/s:
sedang bersemangai untuk memblogging~
kpada sahabat saya yang membaca
terima kasih sahabat!
n_n

Sunday, February 13, 2011

say NO NO NO to VALENTINE DAY!!!

assalamualaikum...

salam sejahtera..
meh sini nak cerita sikit..
sebelum tu nak tanya..
sapa tak tahu apa itu valentine day? angkat tangan!

tipu la kalau ade yang tak tahu..
mesti semua orang tahu..

tapi, maksud tersirat disebalik hari valentine day
sapa tahu??

haa....
so, anda anda yang masih lagi tak jumpa info mengenai maksud tersirat hari valetine ni
cepat la pergi lawat page ni----->sunah sakura

macam biasa lah
main point mereka untuk menjatuhkan umat islam..

moh le kite muhasabah diri sebentar
sementara masa masih ada
masih belum kunjung tibanya 14 februari
ce pikir ce pikir~

serta, sahut lah kempen ini!!



katakanlah~



p/s:
semalam hari yang mendung bagi ku
hati yang kecewa..
nant kan post khas ini~
14 feb.. membe baru kenal punya hari jadi da~

Monday, December 6, 2010

selamat datang maal hijrah 1432 M

assalamualaikum...


alhamdulillah.
diriku masih bernafas sehingga hari ini.
masih diberi kesempatan oleh Tuhanku untuk merasai permulaan tahun baru.
terkenang dosa-dosa lalu.
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa hambaMu ini, diriku, keluargaku, sahabatku, guruku, seluruh umat islam dimuka bumi ini.
Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.

tahun baru membuka tirai.
azam baru ditanam.
berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.
berusaha tingkatkan keimanan dalam diri.


doa awal tahun dan akhir tahun.

  


antara amalan yang aku selalu lupa nk amalkan
huu...

Sunday, December 5, 2010

the to-do list - mike gayle

assalamualaikum...

setelah sekian lama aku tak post entry pasal novel
nak tahu mengapa?
ini adalah kerana
proses untuk aku menghabiskan membaca novel sangat lama~~
hee
seriously~
tak caya?
buktinya...
everytime i buy novel, mesti letak tarikh lahir novel 2 a.k.a tarikh aku beli novel tu lah
then novel hok bawah ni aku baru je habis baca hari ni ( tu pon x baca appendix die)
konon nak catat la tarikh abis baca

amik ko setahun lebih baru khatam
hahaha..
novel dibawah ini di beli pada 11.09.2009
khatam pada 05.12.2010
knapa susah sangat nk abs bace ek??

sebabnya:
selalu baca sekerat2
most of da content banyak cakap2 menda2 yang aku tak tahu means depa dok byk cita pasal tempat2, nama orang, nama movie yg ditygkan kat sana, novel lah, macam2 lagi lah which is most of it from oberseas...

macam mana boleh beli buku ni?
well i think u all bleh agk la knapa
i'm judge a book by it's cover
sangat2 suka cover dia

tapi kan buku ni best gak la..
sebab:
lain daripada yang lain
ade gak klakar nye
sesuai utk sume lapisan masyarakat
sesape rase nk buat to-do list buku ni bleh jd contoh
n_n


well, ini pandangan saye~
anda?
ada bran nk beli buku ni??



p/s:
the picture taken by me~
i beli buku tu mujur ade less 20%
so x trase sgt la

Saturday, December 4, 2010

better than me....

assalamualaikum...


ye. diyana menjawab tag yang diberikan oleh azri safirah. maaf kerna sudah bertondan tidak di jawab. (huk, banyak org len nye ak x buat... malas~)

here we goes~

put your music library on shuffle. For each question, press the next button to get your answer. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. Ok, go! when you're done, tag 20 people in this note and make sure to tag the person who sent you this. The answer to #20 is the title of your notes.
(duh! ape la ayat kat atas nih merepek.. aku ikot ayat pertama dan kedua jek...yg lain... mampuh pi la)

1. If someone says, "Is this okay?" you say...
this is me - demi lovato
2. How would you describe yourself?
forgotten - avril lavigne
3. What do you like in a girl?
21 guns - green day
4. How do you feel today?
mara bahaya - pop shuvit
5. What is your life's purpose?
sebelum cahaya - letto
6. What's your motto?
in the end - linkin park
7. What do your friends think of you?
let me hear your voice - big bang 
8. What do you think of your parents?
break down - tae yang ( keluar pon lagu korea)
9. What do you think about every often?
masih - flop poppy
10. What is 2 + 2?
my immortal - evanescence
11. What do you think of your best friend(s)?
this afternoon - nickelback
12. What do you think of the person you like?
over you - chris daughtry
13. What if your life story?
teenagers - my chemical romance ( I loike this answer!)
14. What do you want to be when you grow up?
jojo - shinee (duh??)
15. What do you think of when you see the person you like?
no other - super junior (haha!)
16.What will you dance at your wedding?
gotta be somebody - nickelback ( dua dah!)
17. What will they play at your funeral?
the rest of my life - brian mcknight (bull eyes)
18. What is your biggest fear?
love still goes on - shinee ( no komen lah)
19. What is your biggest secret?
SOLAWATUL BURDAH - RAIHAN ( paling sayang lah!!)
20. What will you post this as?
inconsolable - backstreet boys ( ok lah)

really kinda...
weird?
silly?
what eva... i've made mine... how bout yours?

next 20's lucky blogs are
first read this entry first serve~!!!


GUD LUCK GUYS!
HAHA


p/s:
urghhh
my cold getting worst
everything i ate (just now latest pizza hut cheese ape tah)
tasteless
huk. felt suck.
work tomorrow?
maybe suck.
insyaAllah
ade hikmah disebaliknya.

Tuesday, November 16, 2010

its over!

assalamualaikum...


one click.
.
.
finished.
.
.
done.


apakah yang done itu?
final exam lah!!!
alhamdulillah~
n_n



Saturday, November 6, 2010

the first...still in my heart! ahaks~

assalamualaikum...


mukadimah sebelum memulakan study~
hee...mai tgk2 kat sini~

latest from westlife~



p/s:
diyana kena bannkan dirinya daripada on9!!!!

Wednesday, September 1, 2010

whathappenedterjadi: bukit tinggi visited...28/8/10

whathappenedterjadi: bukit tinggi visited...28/8/10: "assalamualaikum... hee...korang semua pekabo?slalu x lawat blog ni?slalu la lawat n update ape2 yg brkenaan..n_nhari 2 diyana,liyana,liyana..."

Wednesday, July 7, 2010

mengigau??

assalamualaikum...


orang cakap kalau seseorang tu tengah mengigau,
kita tanya soalan, die memang akan jawab and give correct answer
haha,,,
aku x de lah percaya sangat
tapi~~
tadi, I heard my sis mumble2..
die memang kerap ngigau malam
so, I asked a few question

me: adik, adik pernah curi duit abah x?
adik: pernah
me: ye? bila?
adik: bulan lepas
me: berapa ringgit?
adik: enam
me: adik amik kat mana?
adik: tabung
me: masa bila adik amik?
adik: zZzZz..

hahaha...
its work!!!
seriously esok memang kena la adikku~
haha


p/s:
rasenye kan ia akan berkesan kalau seseorang tu
mengigau dengan jelas ya
so memang senang nak tanya pape.
n__n
agak2 die ngigau lagi x?
haha

Sunday, July 4, 2010