ASSALAMUALAIKUM..
heee... oleh sebab malas nak menaip, lambat gila update tentang korea.
plus, satu subjek ni, kemahiran komunikasi antara perseorangan bagi assignment buat diari tentang pengalaman kita bercakap dengan orang lain dan kaitkan dengan apa yang sudah dipelajari dalam kelas tersebut.
jom baca karangan diari daripada saya yang sudah sekian bertahun lamanya tinggalkan karangan bahasa melayu.
mempersembahkan~
Tarikh : 10 Jun 2012
Masa : 11.00 pagi
Tempat : kolej 17, UPM
Pasangan : Farah Wahida, Anis
Hafriza, dan saya (Nurdiyana)
Bagaikan tidak percaya
saya dan rakan-rakan saya bakal dapat menjejakkan kaki di negara orang. Saya sudah
lama berhasrat untuk melancong ke luar negara. Kawan saya, anis hafriza
bersungguh-sungguh mengajak saya untuk melancong ke Korea Selatan. Pada mulanya,
saya tidak yakin dengan ajakannya kerana kami berdua masih lagi belajar dan
tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Kemudian, saya bertanya kepadanya secara
serius adakah dia benar-benar ingin melancong ke Korea Selatan dan saya juga
menyatakan kepadanya, sekiranya dia benar-benar serius ingin melancong
bersama-sama, saya akan ikut sekali. Saya ulang berkali-kali pernyataan saya
itu kerana saya sesungguhnya saya sungguh risau dan kurang percaya terhadapnya
dan supaya dia tidak akan menarik diri pada saat-saat akhir tarikh perlepasan
ke luar negara.
Setelah saya mendapat
kepercayaan sepenuhnya daripada dia, saya mengajak rakan-rakan saya yang lain
untuk menyertai rombongan pelancongan kami. Ada sesetengah yang teringin sangat
untuk mengikuti kami, tetapi oleh sebab kekangan kewangan, mereka terpaksa
membatalkan hasrat. Ada juga mampu untuk mengikuti, tetapi oleh sebab halangan
daripada keluarga, mereka juga terpaksa membatalkan hasrat dan hanya mampu
untuk mengirim cenderahati sahaja.
Akhirnya, saya berjaya mengajak kawan sebilik saya
iaitu Farah Wahida untuk mengikuti ke Korea Selatan. Sepanjang perkenalan saya
dan rakan sebilik saya, saya perhatikan dia sangat menyukai artis-artis Korea
Selatan. Kesemua album lagu-lagu nyanyian penyanyi kumpulan korea yang
diminatinya tersusun cantik diatas rak bukunya. Saya merasakan dia mesti
tertarik dengan ajakan saya untuk melancong ke negara kelahiran artis yang
diminatinya. Ternyata, ajakan saya itu sangat menyeronokan dirinya. Dengan penuh
dramatic, dia menceritakan tempat-tempat yang ingin dilawati antaranya bangunan
syarikat rakaman artis yang diminatinya itu iaitu YG entertainment buiding yang terletak di Hapjeong, Seoul.
Saya mencadangkan kepada rakan-rakan saya untuk tidak
memilih pakej perlancongan yang ditawarkan oleh agensi syarikat perlancongan. Saya
menyatakan bahawa kosnya lebih mahal berbanding dengan perjalanan yang kita
uruskan sendiri. Saya melihat perubahan air muka rakan-rakan saya yang kurang
senang, mungkin mereka tidak bersetuju kerana negara Korea Selatan mengutamakan
penggunaan bahasa ibundanya iaitu bahasa korea berbanding dengan bahasa
inggeris. Saya berusaha memujuk mereka dengan menyatakan bahawa saya mempunyai
rakan berbangsa korea disana, dan saya sendiri juga mampu untuk berkomunikasi
dalam bahasa korea. Setelah itu, rakan-rakan saya bersetuju untuk memilih
melancong stail bag pack.
Saya bersyukur kami dapat membeli tiket penerbangan ke
Korea Selatan secara online melalui syarikat penerbangan Air Asia. Hal in
demikian kerana syarikat penerbangan itu menawarkan harga tiket penerbangan
yang sangat murah berbanding syarikat penerbangan Malaysia Airlines. Anggaran RM850
seorang untuk penerbangan pergi dan balik termasuk bayaran bagasi. Oleh sebab
harga tiket itu sungguh murah dan tempoh tawarannya yang terhad, agak ramai
orang menempah untuk mendapatkan harga yang murah itu. Tambahan pula, kami
kekurangan kewangan untuk membeli tiga keeping tiket penerbangan sekali gus. Oleh
itu, saya cuba untuk menghubungi ibu saya untuk meminta sedikit bantuan
kewangan daripadanya sementara. Saya bermonolog dalaman, berdoa kepada Tuhan
mudah-mudahan lembut hatinya untuk bantu kami. Setelah memujuk dan memberikan
justifikasi yang kukuh, ibu saya membenarkan kami untuk menggunakan kad
kreditnya untuk mendapatkan tawaran harga murah untuk tiket ke korea. Saya sendiri
agak terkejut dengan tindakan ibu saya membenarkan menggunakan kad kreditnya
kerana ibu saya seorang yang tegas dalam urusan pengendalian kewangan. Mungkin ibu
saya mengetahui hasrat saya yang teringin sangat untuk keluar negara. Sebenarnya,
saya tidak pernah merasa menaiki kapal terbang mahu pun melancong keluar
negara. Saya terharu kerana ibu saya sungguh memahami anaknya.
Walaupun begitu,
saya masih lagi mendapat tentangan daripada ayah saya. Ayah saya seorang yang
dominan. Dia terlalu risaukan keselamatan saya ketika berada di luar negara
nanti. Setelah memujuk menyatakan saya mempunyai rakan disana dan saya tidak
pergi keseorangan barulah ayah saya membenarkan saya ke luar negara.
Satelah itu, kami bersama-sama mengaturkan jadual
perjalanan kami iaitu selama 7 hari 6 malam dan kami Kami menempah tiket pada
bulan februari tahun hadapan Tambahan pula, cuti semester kami adalah pada
musim sejuk dan kami semua memang teringin untuk merasai bagaimana rasanya
berada pada musim sejuk dan sudah berangan untuk merasai salji dengan tangan
kami sendiri. Selama ini kami hanya mampu untuk melihat kecantikan dan
keseronokan bermain salji hanya pada kaca televisyen sahaja. Kami juga memilih
untuk menetap di Seoul, iaitu ibu negara Korea. Kami memilih Seoul adalah
kerana kemudahan untuk mendapatkan pengangkutan awam adalah mudah dan tempat
tinggal juga berdekatan dengan kawasan perlancongan yang menarik. Berdasarkan maklumat
yang saya dapat daripada rakan saya yang pernah melawati negara Korea Selatan,
dia menyarankan kami untuk menetap di sebuah rumah tumpangan yang menyerupai
tempat penginapan asrama di Malaysia. Tempat itu juga strategic iaitu
berdekatan dengan Dongdaemun, kawasan pasar malam yang terkenal di Seoul, Korea.
Harganya juga berpatutan.
Tarikh : 3 februari 2013
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dongdaemun
Market, Seoul, Korea Selatan.
Pasangan : Farah Wahida, Anis
Hafriza, dan saya (Nurdiyana)
Setelah hamper setengah
tahun kami menunggu, akhirnya kami telah pun menjejak kaki di bumi sonata ini. Saya
dan rakan-rakan sangat teruja setelah sampai di perkarangan lapangan terbang
Incheon, Korea Selatan. Sebaik sahaja kami keluar dari balai ketibaan, angin
sejuk menerpa muka kami. Pada permulaannya, sangat seronok kerana dapat merasai
cuasa musim sejuk pada pertama kali. Tetapi, kira-kira 15 minit kemudian, kami
kesejukan yang amat. Perkara yang paling tidak dapat sya lupakan apabila kami
buka mulut untuk berkata-kata, udara yang keluar dari mulut dan hidung kami
bertukar menjadi wap. Susungguhnya, sayalah orang yang paling teruja melihat
wap keluar. Saya menjadi lebih banyak bercakap hanya kerana teruja melihat wap
yang keluar.
Dengan sedikit
kebolehan bertutur dalam bahasa korea, saya memberanikan diri untuk membeli
tiket bas limosin di kaunter.
Saya: 아녕하세요. (helo.)
Penjual tiket: 네, 오서우세요. (ya, selamat datang
(sambil tersenyum))
Saya: 덩대문 버스 표 있어요? (tiket bas ke stesen
dongdaemun ada?)
Penjual tiket: 네, 얼마에요? (ada, mahu berapa keeping?)
Saya: 세게 주세요. (tiga keeping)
Antara perbualan kami yang saya faham. Selebihnya yang
diperkatakan oleh penjual tiket itu saya tidak dapat untuk memahaminya. Setakat
yang saya agak adalah dia menunjukkan nombor stesen bas yang perlu kami naiki.
Setelah sampai
destinasi, saya baru teringat bahawa kami terlupa untuk menyalin nombor untuk
dihubungi dan alamat tempat yang kami akan tinggal di Seoul nanti. Saya dan
rakan-rakan buntu. Saya ada juga cuba untuk bertanya kepada orang korea, tetapi
kebanyakan daripada mereka tidak dapat bercakap serta tidak memahami bahasa
inggeris. Kami berjalan dan patah balik dan melalui jalan yang sama dua tiga
kali kerana saya hanya mengingati tanda jalan yang diberikan dalam laman web
rumah tumpangan tersebut. Hampir dua jam kami melalui jalan yang sama, dan saya
juga hampir berputus asa. Oleh sebab kami menarik bagasi yang banyak, kami
menarik perhatian orang korea tempatan. Saya menjangkakan mungkin mereka
memikirkan kami ini sudah sesat.
Sementara kami sedang
tercari-cari jalan yang betul, rakan saya, Anis hafriza memberitahu kepada saya
bahawa ada seorang lelaki berusia 30-an mengekori kami sejak kami melintasi
jalan raya sebentar tadi. Saya agak terkejut, saya monolog dalam hati, saya
tawakkal pada Tuhan untuk memberanikan diri bertanyakan kepada lelaki tersebut.
Ada juga terlintas dalam fikiran saya kemungkinan lelaki ini orang jahat yang
mahu ambil kesempatan terhadap pelancong.
Oleh kerana kami
kepenatan dan hamper putus asa, say tanpa berfikir panjang terus memberanikan
diri untuk bertanya tentang arah rumah tumpangan yang kami sedang cari. Ketika
saya bertanya dengan mencuba bertutur dalam bahasa korea, saya tidak menyangka
lelaki tersebut menyambut pertanyaan saya dengan senyuman, dan beliau terus
mengeluarkan telefon bimbit Samsung galaxy note 2 nya, mencari laman web rumah
tumpangan tersebut. Setelah itu beliau mengambil nombor telefon yang tertera
pada laman web itu, terus beliau menelefon rumah tumpangan tersebut. Saya ketika
itu sungguh terkejut dan juga gembira kerana ada juga orang korea yang sangat
baik hati membantu kami menghubungi rumah tumpangan tersebut.
Saya mengagak lelaki
ini mungkin juga seorang pemilik rumah tumpangan, berdasarkan ketika die
mengekori kami sebentar tadi, mungkin dia ingin menjemput kami untuk menginap
di rumah tumpangannya. Setelah beliau bertanyakan arah ke rumah tumpangan yang
kami sewa, dia cuba untuk menerangkan kepada saya dalm bahasa inggeris bahawa
kami telah salah tempat, sepatutnya stesen lagi satu adalah tempat yang
sepatutnya kami berhenti. Jadi, beliau memberi cadangan untuk menaiki teksi
sampai ke rumah tumpangan itu. Saya menyatakan bahawa kami tidak mengetahui
alamat ke rumah tumpangan tersebut. Beliau menyatakan bahawa beliau akan
membantu kami untuk menaiki teksi ke rumah tumpangan tersebut.
Walau kami berkira-kira
untuk menerima pelawaannya, oleh sebab kami sudah penat, kami ambil risiko
untuk menerima pelawaannya. Beliau menahan sebuah teksi untuk kami, beliau juga
membantu kami mengangkat bagasi-bagasi kami kedalam bonet kereta. Setelah kami
bertiga menaiki teksi, tiba-tiba beliau juga naik teksi bersama kami. Saya agak
terkejut kerana saya fikirkan bahawa beliau akan memberikan alamat tersebut
pada pemandu teksi, tetapi tidak. Saya masih lagi beranggapan positif bahawa
beliau adalah seorang yang prihatin. Semasa dalam perjalanan, saya terdengar
perbualan beliau dengan pemandu teksi tersebut dalam bahasa korea, antara
perkataan yang saya fahami ialah beliau menyatakan bahawa beliau bukanlah
seorang yang jahat, tetapi beliau ikhlas untuk membantu kami. Saya juga tidak
menyangka die menelefon rumah tumpangan tersebut untuk memberitahu saya dalam
bahasa inggeris bahawa beliau bukanlah orang jahat.
Setelah sampai ke
destinasi, lagi sekali saya terharu dengan bantuan beliau. Beliau telah
membayarkan tambang teksi tersebut, beliau membantu kami mengangkat bagasi serta
menunjukkan jalan terus sampai ke depan pintu rumah tumpangan tersebut. Kami bertiga
berasa sungguh lega kerana sampai ke tempat yang betul berdasarkan bantuan
beliau.
Malangnya, belum sempat
kami mengucapkan terima kasih dan penghargaan kami kepadanya, beliau terlebih
dahulu segera mengundurkan diri untuk pulang, saya cuba menahan beliau, dan
ingin memberikan wang kepadanya, tetapi beliau menolak dengan baik dan berlalu
setelah kami mengucapkan ‘jeongmal kamsahamnida’ yang bermaksud terima kasih
sangat-sangat.
Kami bertiga masih lagi
terkejut. Pada permulaannya kami menyangka beliau mungkin orang jahat yang mahu
ambil kesempatan, tetapi ternyata beliau seorang yang sungguh baik hati dan
beliau telah meninggalkan impresi pada kami bahawa orang korea sungguh baik,
prihatin, dan juga peramah.
berjaya membaca sehingga habis?
tahniah2!
bosan gilakan? haha.
penceritaan di atas adalah hari pertama kami kat korea.
meh aku sambung...
serius weh penat gilaaaa first day tu. dengan sesatnya, heret beg skali dengan bantal kehulu kehilir macam kena buang keluarga.
dannnn Allah bayar penat lelah kami dengan turunkan salji!!!
on our first day there, we met the first snow in our life!
dan paling best snow tu turun sammmmpai malam.
masa kami sampai guest house tu dah pukul 3 pm lebih kurang.
then memang melepek laa masing2, yelah keadaan yang sejuk dan badan teramat penat buatkan kami malassss nak keluar. nak duduk je dalam bilik yang panas tu ^^
tengah-tengah rehat tu, anis yg duduk dekat katil atas, buka tingkap, salji turun.
masa tu salji baru je turun.
semangat kami jadi berkobar-kobar terusss.
siap2 terus keluar.
kami datang ke korea ni sebenarnya tak ada itinerary langsung.
hanya semata bergantung pada kebolehan aku berkomunikasi dalam bahasa korea (tu pun masa tu ciput gila ilmu yg ada)
sungguh Subhanallah salji sangat cantik dan fluffy~
view from roof top guest house. snow still falling. masa ni tak pakai lagi hp canggih2, ade ipod 4th gen je.
kami pun jenjalan ikut je mana kaki nak melangkah pergi.
keluar2 je dapat pegang salji, cair kat tangan.
pastu salji jatuh kat kening, kejung kat situ. tak cair pun haha.
kami lepak je keluar tak pakai payung, tapi orang korea ni depa sokmo pakai walaupun ciput je hujan ngan salji tu.
(2 years passed, i forgot almost all of the details that i always wanted to write here< pergh 2 tahun beb nak buat travelog kekononnya --")
then, we went to itaewon! sebab nya LAPO!
haha.
masa tu was-was tahap dewa jugak terhadap makanan depa, (ni pasal tak buat research dulu laa!) kami semangat p itaewon nak cari makanan halal. sempat la masa tu ngap kebab ngan ais krim orang turki, jalan nak ke situ turun je kat stesen itaewon line no 6 (kaler coklat) kalau kena tukar train tukar kat samgakji/hapjeong/yaksu/gongdeok/cheonggu/sindang ataupun dongmyo semua stesen ni korang boleh tukar kat stesen mana yang korang overlap la. then turun kat exit 8 kot, aaa aku dah lupa, so korang boleh la try the power of Google! everything is there.
then lepas makan kami jalan-jalan sekitar itaewon street tu, aku pun singgah kedai the face shop, masa ni aku punya lah gila make up korea (suka sebab comels sangat! pakainye jarang). tapi masa tu member aku pesan charcoal facial foam, sampai 3 botol dia kirim sebab masa dekat airport korea dia lupa nak masukkan dalam kargo, kena buang T.T. skin care kat korea jauh lebih murah dari harga kat malaysia. jenis yg dijual pun berbeza sebab tak semua jenis lepas masuk malaysia.
then kiteorang jalan-jalan lagi, tapi masa tu dah pukul 8, maybe because winter season, depa tutup kedai awal. kami turun satu stesen sebelum stesen tempat kami tinggal, sebab kat situ ada river ape tah aku tak ingat, tapi sangatttt cantik, dengan salji yg baru turun nya, air sungai mengalir with sparkles of lights in the water and on ice, plus with dried leaves on the wall. nak ke sungai tu kena lalu jambatan dia pastu, ada tangga turun ke bawah. dinding sebelah tangga tu la yg penuh ngan daun kering. kerim kathen!
with snaps here and there we went to this souvenir kage (shop), tapi nak tutup dah tapi cam mahal, so kami blah je lah. masa tu nak gamble je jalan kaki sampai ke tempat tinggal kami, tapi sebab dah malam plus semua pulak perempuan, patahkan niat tu naik jugak subway (about 2 days left in korea, we noticed that it was so near with our place!).
that's all that happened on first day of our trip.
quite boring for those who travelling a lot, but soo adventurous for us the first timer on the aeroplane, flew far away from home, in new country, very different mother tongue, and of course new culture and new people.
we explore our guest house which is okay but with the stairs..... culture shock kejap nok.
paling aku suka, convenience store depa dekat depan guest house je. tapikan ally nk ke guest house kiteorang tu agak sempit dan sunyi jugak la and surrounded with norae bang (karaoke room).
dan macam biasa lah, paling aku suka jugak adalah banana uyu!!!! tiap-tiap hari beli wey~
then kita move on with 2nd day in south korea......aku nak rehat jap, nanti kalau jumpa mood balik, aku taiplah ye. hee
(kami pergi tanpa rancang apa-apa yang detail, dalam kepala hanya nak pergi nami island dan lotte world. haha.)
p/s:
sedikit penceritaan tentang korea secara skemanya!
^_^
love 21032013 xoxo