Followers

Showing posts with label alhamdulillah. Show all posts
Showing posts with label alhamdulillah. Show all posts

Friday, June 19, 2015

lewat satu hari

assalamualaikum!




aku mungkir janji. Aduh, semalam hari yang sepatutnya aku mulakan satu post satu hari. oleh sebab peptic ulcer melanda malam kelmarin, semalam rehatkan diri sahaja. rilek je tak pergi fakulti >.<
*hari ni pun pedih lagi pewot titew :'(*

so, kenalah share dua potong ayat hari ini! back up untuk semalam punya.

"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap." (94: 1-8)



cuba teka ini surah apa?


(^_^)V

untuk hari ini punya, aku dapat ilmu refresh (means that ilmu itu dah belajar, tapi lupa T.T). hari ini aku belajar dari afina merangkap housemate ku, dia menjelaskan tajwid mengenai tanwin bertemu hamzah wasol. apekah? hoho. meh rujuk dekat blog ini dan ini. aku terangkan secara ringkas je ek. 

copy   and paste atas ihsan oleh http://kartunhariini.blogspot.com/

tanwin pada huruf mim itu apabila bertemu hamzah wasal yang duduk dekat atas alif, bacaan mestilah ditambah dengan huruf nun baris bawah dan mim pula tukar dari tanwin kepada baris bawah. bacaannya seperti dalam gambar diatas. kalau berjumpa dengan tanda waqaf seperti صلى , ج , kalau nak sambung bacaan, kena baca seperti diatas.


mohon terlebih atau terkurang tegurlah saya.
semoga bermanfaat.
:)



p/s:
semalam aku sedap tidur sampai tak dengar housemate jerit2 panggil mintak bukakan pintu.
depa p terawikh tak bawa kunci dengan harapan aku akan bukakan untuk depa.
sian depa tunggu sejam kot!
tidur mati sungguh T.T
bersalah sungguh rasa wuwuwu



Tuesday, April 21, 2015

kemudahan dan kesenangan

assalamualaikum.



semalam aku risau.
risau sebab dua benda tak siap lagi due data nya isnin semalam.

1. assignment omics (aku tak faham! sebab tu susah sangat nak buat, sekarang masih jugak lagi tengah buat!)

2. animal ethic. (pun aku lambat nak faham. toxicity is broad study, now i know --')


Alhamdulillah.. segalanya Allah mudahkan urusan.
hal nombor satu tu lecturer cakap boleh submit dalam minggu ni.
hal nombor dua pulak Dr Azrina (supervisor ku) tolong sort out to choose which guidelines OECD yang suitable untuk tajuk study aku ni.


ye, aku perasan segalanya urusan aku dengan hal-hal duniawi ini banyak yang Allah mudahkan.
dan ini bukan bermakna aku boleh terus rasa bahagia sebab semua aku nak aku dapat.
aku takut.
aku takut dengan kemudahan dan kesenangan ini akan membawa aku hanyut terus kedalam duniawi semata.
disebalik kesenangan dan kemudahan Allah bagi itu, ada hikmah dan ujian yang Dia sedang uji aku.
apakah ujiannya?

tepuk dada, tanya IMAN.






p/s:
posisi aku pada roda bulat itu,
berada paling bawah.
aku wajib mengerah hati untuk melawan nafsu,
berusaha membawa posisi itu kembali keatas.
tika hampir turun ke bawah,
alert! kambalikan ke atas.

Thursday, March 27, 2014

I am 24

assalamualaikum.



Alhamdulillah masih hidup.
masih kurang ingat mati.
bertapa Allah masih sayang aku lagi, Dia bagi lagi aku peluang untuk hidup dibumiNya untuk bertaubat.
dosa bertimbun bergunung-gunung.

minggu lepas.
seronok sangat nak makan marshmallow bakar, buat perkara pelik-pelik lagi.
membakar marshmallow di dalam toaster.

my room mate told me that:
" this is dumb ways to die!"

my friend told  me:
"be careful from electric shock! u can die"

persoalkan balik pada diri.
mati itu dekat sangat dengan kita.
mati itu juga rahsia Allah.
bongkaknya aku masih merasakan aku 'confirm' hidup esok hari.
T.T

peringatan Allah bagi pada aku bermacam cara.
Allah ingatkan aku untuk tidak terlalu hanyut dengan keseronokan duniawi yang sementara.
Dia ingatkan aku melalui sahabat-sahabat sekelilingku.

kalau peristiwa hari tu Allah nak matikan aku...
sudah cukupkah pahalamu?
sudah puaskah bertaubat?
sudah yakin tiada dosa?

ingat mati.
ingat mati.
itu pasti.
janji yang tak boleh dimungkiri.
didiklah nafsu.
lentur mengikut imanmu.

syukur.
aku masih bernafas.



p/s:
aku masukkan sudu ke dalam toaster tersebut.
ya, sudu besi.
dumb ways to die.

Thursday, March 21, 2013

21032013

mama, hee... segan pulak ayong nak cakap..
maklumlah selama ayong hidup ini,
setiapkali besday je, terkinja-kinja nak hadiah,
nak itu nak ini.

kat abah pun,
abah ayong nak hadiah~

macam tulah lumrah hidupku setiap kali ulang tahun kelahiran,
tapi, ayong pon mintak saje-saje je,
ayong tahu bukan dapat pon,
dan ayong x harap sangat pon,
saja nak mengada,
lagi-lagi bila dah belajar kat u,
kadang-kadang tak ada masa nak balik rumah,
sibuk sangat dengan aktiviti akademik dan kokurikulum.

bila umur semaki meningkat,
pemikiran semakin matang,
ade la satu dua coretan hamba Allah yang ayong baca,
pok!
terpukul jap,
tenya balik diri sendiri,
pernah ke aku ucapkan terima kasih pada kedua ibu bapaku kerana melahirkan, menjaga, mendidik diriku sehingga aku menjadi siapa aku sekarang,
dimana aku berada sekarang.

uuuu,
malu woo,
kira-kira balik,
berapa kali aku ucapkan terima kasih?
erm.
erm.
satu? dua? kosong?

kosong.
ya, kosong.

mama, abah, anakmu ini sudah 23 tahun umurnya *dah boleh kahwin ;p*
ayong minta maaf sepanjang hayat ayong hidup banyak melukakan hati mama dan abah,
dan ayong bersyukur sangat pada Allah ayong dapat mama dan abah,
semoga Allah panjangkan umur dan merahmati mama dan abah,
terima kasih sebab sanggup bersusah payah melahirkan, menjaga dan mendidik ayong mama, wuwuwuwu.

seperti yang mama tahu, anak mama memang tak kreatif dalam bab menyusun ayat cantik-cantik macam mama susun,
uuu ayong tak tau nak cakap ape dah..

susah ayong nak menaip,
kalau cakap keluar dari mulut ayong retilah,
itu pon cakap direct je,

ayong minta maaf juga pada abah sebab ayong selalu tak pandai nak amik hati abah,
dan jgak mama,
ayong tahu,
selalu kata-kata yang keluar dari mulut ayong menyebabkan mama dan abah kecik hati,
ayong tahu tu,
tapi,
bila membiarkan diri dikawal hati dan perasaan daripada akal sendiri,
tu yang jadinya asyik menyesal keluarkan kata-kata tak sepatutnya pada kedua ibu bapa,

mama dan abah,
Alhamdulillah,
ayong sekarang sedang belajar dan melatih diri untuk jadi lebih bertolak ansur,
terima seadanya apa yang Allah bagi kat ayong,
ayong cuba untuk menjadi anak solehah,
insya Allah,
mama dan abah doakan ayong tiap-tiap hari dalam doamu~

i really want to write longer, and better words, tapi..
tak reti.



mama dan abah,
xoxo



*sewit x anak mama? hee*



p/s:
print out, then hantar surat pada mama dan abah
xp
lepas tu pagi esok kena telefon mereka
insya Allah.
siapa ibu bapa kita dahulu bukanlah hak kita untuk menilai mereka.
lihat mereka sekarang.
try to let go. insya Allah all is well.

Thursday, October 25, 2012

syukur~

ASSALAMUALAIKUM...



ehee.. lama sudah meninggalkan dunia blogging ni.
dulu buat blog sebab nak luahkan perasaan la, nak simpan kenangan la, nak itu la ini la.
tapi, bila baca balik entry-entry lama, astagfirullah!
ye, saya memalukan diri saya sendiri!

-_-

entah sejak bila, mulut ni tak habis-habis kata 'aku nak berubah!' 
tapi, macam takde perubahan yang ketara pun --'''
sekarang masih lagi dalam proses kearah perubahan yang lebih baik, jom berdoa bersama-sama semoga kita berubah kearah kebaikan dan istiqamah melaksanakannya~
yeorobun, hwaiting! = everybody, fighting!

^_^

hari ni,
syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan aku menjawab soalan test 1 physical activity tadi.
last minute review each chapter *tapi tak detail sangat sebab 30 minit lagi nak masuk dewan exam*
soalan yang diberikan, sebijik sejibun apa yang di review tadi. Subhanallah.

^^,

sangat-sangat seronok, esok bakal berjumpa dengan ahli keluarga sempena 
Hari Raya Qurban
semoga perjalanan pulangku dipermudahkan, Amiiinn~



# sharing #
' dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)'
[Asy-Syura : 30]



Monday, February 20, 2012

dugaan

PEACE BE UPON YOU...


bila semester baru dah bermula, jangan bersenang-lenang goyang kaki konon assignment takde lagi, test 1 sebulan lagi, kelas banyak batal. jangan tangguh-tangguh. cepatkan urusan yang perlu diselesaikan. 
oh diyana! kuatkan semangat!
dugaan Allah nak bagi bila-bila je Dia mahu
Dia nak uji kita, kita mengeluhkah? bersyukurkah? 
bila ujian menimpa, jangan cepat mengalah dan menggelabah, cari jalan, berusaha, barula tawakal.
Allah sentiasa membantu *tengok tadi mencari-cari, kejap je Allah bagi*

Alhamdulillah..



p/s:
kaching!
bunyi apa itu?

Friday, August 7, 2009

kehilangan...

assalamualaikum...
geram sbb ari rabu ari 2 x dpt nk anta post!!
i ave some intrestng story on dat day..
it was...
hurm..
my matric card was dissapear!!!
i noticed when i had my TITAS clas at dkap-c3 around 1 o'clock i thnk...
gle r trkejot beb!
sbb pe?
1.kad mtrik nye bookplan ade ag rm90 lbh
2.kad mealplan lak ade rm 300+ lg
3.pendrive kingston 8G rm50 dgn gmbo2 ad kt dlm 2
brusaha lah ak mncari dari dkap smpai la ke sri serdang dgn keadaan hujan renyai2 n org yg byk krn mrk sdg brramai2 dtg upm blk utk amk jubah graduasi dorg...
but...pencarian ku buntu...
xjmpe gk...
nk g tny postguard kt ss,tp dorg slalu xde!! g mkn lak lame dow!
pas2 cari kt dkp oo2 xjmpe gk...
lastly kol bhgian kselamatan wt aduan,p pjabat meal plan g block da card tp i lupe la no.kad tuh!!
keesaokan hari nye ak n atin n kamil(dorg peneman n membantu ak dgn setia~komawoyo~_~)
g pjbt kselamatan yg sgt2 jaoh~ jln kaki beb! ingt nk wt aduan...
pas2 TUTUP!
haru2~
kteorg rahat jap...skali ade pkeje pjbt 2 kua,die tny ade pe? ak jwb nk wt aduan kad mtrx ilang...
die tnjuk photostat kad mtrx die tny yg ni ke? mate ak cerah kmbali~~
wee...ALHAMDULILLAH!
p/s:
manusia ble sng kte lupe...ble ssh,brg ilang...bru nk ingt Allah...
ak puas mengucap,brzikir,brdoa...
alhamdulillah n brsyukur sgt2 Allah sntiase menbantu!
me:try to be a good hamba...
insyaAllah