Followers

Sunday, November 24, 2013

niat berkahwin wajib sentiasa diperbaharui samada sebelum,semasa, dan selepas berkahwin!

assalamualaikum (may the peace, mercy, and blessings of Allah be upon you all)

disalin semula dari muka buku seorang sahabat.

"As time goes by, I realize that,
Nikah bukan hanya untuk sehari, nikah bukan hanya untuk suka-suka, nikah bukan hanya dengan orang yang kita suka, nikah bukan terhenti dengan nikah sahaja, nikah bukan hanya dengan dia.
As time goes by, semakin saya faham,
Nikah itu untuk sampai ke syurga, nikah itu penuh dengan tanggungjawab, nikah itu dengan orang yang Allah redha, nikah itu dengan ahli keluarganya sekali, nikah itu untuk membina ummah, nikah itu untuk naikkan saham pahala.
As time goes by, satu per satu yang saya perhatikan,
Bahagia itu pada mereka yang mengerti erti nikah yang sebenar, bahagia itu pada mereka yang bertolak ansur antara satu sama lain, bahagia itu pada mereka yang menerima seadanya, bahagia itu pada mereka yang mendahulukan Allah dan Rasul sebelum pasangan mereka, bahagia itu pada mereka yang saling memaafkan antara mereka.
As time goes by, jelas Allah tunjukkan,
Bahagia bukan pada mereka yang mendahulukan nafsu, bahagia bukan pada mereka yang membelakangkan Allah dan ibubapa, bahagia bukan pada mereka yang tidak faham erti tanggungjawab, bahagia bukan pada mereka yang masih mahu seronok-seronok-macam-zaman-bujang, bahagia bukan pada mereka yang tidak mahu untuk memberi.
As time goes by, pesanan demi pesanan yang saya terima,
'Lihatlah dari sudut yang lebih tinggi, adakah dia layak untuk jadi ayah kepada anak-anak kelak'
'Pilihlah dia yang selayaknya menjadi ayah kepada anak-anak, bukan hanya suami sahaja'
'Perbaiki diri, jadi yang terbaik jika mahu yang terbaik'
'Terimalah dia yang mencari kamu, yang betul mahukan kamu'
'dahulukan istikaharah, ikut iman'
'Kalau dia betul sayangkan kita, dia nak bersama dengan kita hingga dapat masuk syurga sama-sama. Dia akan berusaha tarik kita dari lubang api neraka'
As time goes by, persoalan demi persoalan yang dilontarkan pada saya,
'Bila lagi ni?'
'Nak tunggu apa lagi?'
'Dah ada calon belum?'
'Bila nak dapat kad?'
'Bila nak makan nasi minyak?'
As time goes by, saya tanyakan pada diri,
Sudah cukupkah persediaan untuk membentuk ummah? Sudah betulkah niat untuk ber-Baitul Muslim? Sudah layakkah untuk mengajar bakal-bakal khalifah untuk menempuh dunia nanti? Sudah molekkah diri untuk mahu yang terbaik? Sudahkah perbaiki akhlak, solat, urusan harian?
As time goes by, saya cuba fahami ayat ini,


pernikahan, perkahwinan itu:


Marriage is not about LOVE
It's about making SUNNAH.



p/s:
tak bersedia nak kahwin,
tapi bersedia untuk matangkan pemikiran,
the rest will follow~

No comments:

Post a Comment