Followers

Thursday, October 29, 2015

Saturday, July 18, 2015

Heart disease

I think I'm having a serious disease.
In critical condition.

Where's my end?

Sis told me: have faith ayong.


It's fading away. 😭😭😭😭😭😭😭

Friday, June 19, 2015

lewat satu hari

assalamualaikum!




aku mungkir janji. Aduh, semalam hari yang sepatutnya aku mulakan satu post satu hari. oleh sebab peptic ulcer melanda malam kelmarin, semalam rehatkan diri sahaja. rilek je tak pergi fakulti >.<
*hari ni pun pedih lagi pewot titew :'(*

so, kenalah share dua potong ayat hari ini! back up untuk semalam punya.

"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap." (94: 1-8)



cuba teka ini surah apa?


(^_^)V

untuk hari ini punya, aku dapat ilmu refresh (means that ilmu itu dah belajar, tapi lupa T.T). hari ini aku belajar dari afina merangkap housemate ku, dia menjelaskan tajwid mengenai tanwin bertemu hamzah wasol. apekah? hoho. meh rujuk dekat blog ini dan ini. aku terangkan secara ringkas je ek. 

copy   and paste atas ihsan oleh http://kartunhariini.blogspot.com/

tanwin pada huruf mim itu apabila bertemu hamzah wasal yang duduk dekat atas alif, bacaan mestilah ditambah dengan huruf nun baris bawah dan mim pula tukar dari tanwin kepada baris bawah. bacaannya seperti dalam gambar diatas. kalau berjumpa dengan tanda waqaf seperti Ψ΅Ω„Ω‰ , Ψ¬ , kalau nak sambung bacaan, kena baca seperti diatas.


mohon terlebih atau terkurang tegurlah saya.
semoga bermanfaat.
:)



p/s:
semalam aku sedap tidur sampai tak dengar housemate jerit2 panggil mintak bukakan pintu.
depa p terawikh tak bawa kunci dengan harapan aku akan bukakan untuk depa.
sian depa tunggu sejam kot!
tidur mati sungguh T.T
bersalah sungguh rasa wuwuwu



Wednesday, June 17, 2015

WASTED

orang yang banyak senyum adalah antara golongan yang selalu mengingati akhirat.






















kau?

Tuesday, June 16, 2015

ramadhan 1436

assalamualaikum~





teehee
countdown lagi dua hari!
(^_^)




checklist:
*khatam Al-Quran
*qiam everyday
*tarawikh full
*...

#achievementwillbeunlocked
#staytuned


how about yours? :)





p/s:
satu hari satu post ayat Al-Quran
insya Allah
jom perbaharui setiap hari!

Thursday, May 7, 2015

otak berjalan.

nak tolak-tolak otak ini untuk berjalan.
bukan secara literal.
bergeraklah untuk masa akan datang.























oh ethic!

Tuesday, April 21, 2015

kemudahan dan kesenangan

assalamualaikum.



semalam aku risau.
risau sebab dua benda tak siap lagi due data nya isnin semalam.

1. assignment omics (aku tak faham! sebab tu susah sangat nak buat, sekarang masih jugak lagi tengah buat!)

2. animal ethic. (pun aku lambat nak faham. toxicity is broad study, now i know --')


Alhamdulillah.. segalanya Allah mudahkan urusan.
hal nombor satu tu lecturer cakap boleh submit dalam minggu ni.
hal nombor dua pulak Dr Azrina (supervisor ku) tolong sort out to choose which guidelines OECD yang suitable untuk tajuk study aku ni.


ye, aku perasan segalanya urusan aku dengan hal-hal duniawi ini banyak yang Allah mudahkan.
dan ini bukan bermakna aku boleh terus rasa bahagia sebab semua aku nak aku dapat.
aku takut.
aku takut dengan kemudahan dan kesenangan ini akan membawa aku hanyut terus kedalam duniawi semata.
disebalik kesenangan dan kemudahan Allah bagi itu, ada hikmah dan ujian yang Dia sedang uji aku.
apakah ujiannya?

tepuk dada, tanya IMAN.






p/s:
posisi aku pada roda bulat itu,
berada paling bawah.
aku wajib mengerah hati untuk melawan nafsu,
berusaha membawa posisi itu kembali keatas.
tika hampir turun ke bawah,
alert! kambalikan ke atas.

Sunday, April 19, 2015

pulanglah.

assalamualaikum.




pulanglah kepada Tuhan.
Allah memanggilmu.
jangan putus asa.
pulanglah.
jangan mudah lupa.
kembalilah.
pada yang SATU.




insaflah.
nasuha.

Friday, April 10, 2015

kot bulu arnab dan kajian tikus lab.

assalamualaikum.



aku teringat.



Alhamdulillah aku dapat sambung master sains bidang sains pemakanan dengan tesis.
buat research weh! (sungguh aku ni tak pandai serta tak rajin T_T)
sanggup jugak ambil master sebab tajuk tesis yang ditawarkan sangat menarik.
aku suka sangat buat kajian dengan binatang. 
bila buat hands-on dengan binatang aku jadi nampak apa yang aku kena buat, apa yang aku nak kaji, dan apa kesan/hasil kajian aku tu.

dan,
tadi aku tersedar, aku pernah menonton video orang buat kot bulu arnab (which that arnab bakanya mahal)
cara dia mendapatkan bulu arnab itu adalah dengan mencarik-carik bulu arnab yang comel itu hidup-hidup!

binatang tu menjerit-jerit kesakitan sampai pengsan wei!
depa pi ikat kaki dan tangan arnab tu sambil tarik-tarik bulu dia sampai kulit dia berdarah.

when I recall this cruel & violent video, haru bila membayangkan apa yang aku akan buat pada tikus-tikus aku nanti.

aku jadi bersalah yang amat dekat tikus tu T.T


masa degree dulu aku buat kajian dekat tikus jugak, siap buat force feeding lagi! paksa jolok makanan spesifik kedalam kerongkong tikus tu.

aku takut + kesian kat tikus-tikus tu, it takes 2 weeks for me to settle down with shiver when ever I had to feed them.




felt terrible.
Maafkan aku wahai tikus-tikus.



p/s:
mulakan semuanya dengan nama Allah.
semoga Allah permudahkan urusanku, sahabat-sahabatku dan tikus-tikus itu juga.
betulkan niat, may Allah ease.

Friday, March 27, 2015

bukan janji palsu.

assalamualaikum




aku tak berniat untuk menabur janji palsu.
cuma, aku terlupa -_-"

nanti aku buat entry cantik-cantik (doakan aku ingat lagi laa) tang pi korea tu ek.
sungguh dah tak rajin mengadap blog macam dulu-dulu.







p/s:
nak divert kan diri ini,
berazam nak post dekat blog banyak-banyak!!

Saturday, February 14, 2015

Tiada lagi penangguhan post ini.

terima kasih Allah kerana Engkau temukan dia kepadaku.
Engkau bukakan mataku melalui dia.
melalui dia juga, Engkau telah banyak sedarkan aku.

The End.

Hatiku.

Aku tak matang lagi.


12.2.2015 - tarikh bersejarah.

Sentiasa dirindui TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ.





Tuesday, April 8, 2014

men are from mars, women are from venus.

 assalamualaikum.


done!



john gray cakap, kalau nak praktis apa yang dia tulis kat dalam buku ni, kena baca 200 kali baru boleh apply dalam kehidupan.
baru habis 1 kali, buku orang pulak tu.
ehehe.




p/s:
nanti aku beli eh.
dah ada volume no.2
entah bila nak baca nya

Thursday, March 27, 2014

I am 24

assalamualaikum.



Alhamdulillah masih hidup.
masih kurang ingat mati.
bertapa Allah masih sayang aku lagi, Dia bagi lagi aku peluang untuk hidup dibumiNya untuk bertaubat.
dosa bertimbun bergunung-gunung.

minggu lepas.
seronok sangat nak makan marshmallow bakar, buat perkara pelik-pelik lagi.
membakar marshmallow di dalam toaster.

my room mate told me that:
" this is dumb ways to die!"

my friend told  me:
"be careful from electric shock! u can die"

persoalkan balik pada diri.
mati itu dekat sangat dengan kita.
mati itu juga rahsia Allah.
bongkaknya aku masih merasakan aku 'confirm' hidup esok hari.
T.T

peringatan Allah bagi pada aku bermacam cara.
Allah ingatkan aku untuk tidak terlalu hanyut dengan keseronokan duniawi yang sementara.
Dia ingatkan aku melalui sahabat-sahabat sekelilingku.

kalau peristiwa hari tu Allah nak matikan aku...
sudah cukupkah pahalamu?
sudah puaskah bertaubat?
sudah yakin tiada dosa?

ingat mati.
ingat mati.
itu pasti.
janji yang tak boleh dimungkiri.
didiklah nafsu.
lentur mengikut imanmu.

syukur.
aku masih bernafas.



p/s:
aku masukkan sudu ke dalam toaster tersebut.
ya, sudu besi.
dumb ways to die.

Tuesday, January 21, 2014

moustache

pada aku lelaki bermisai nampak matang.
nampak cool.
ini pada pandangan mata aku.
aku suka.
selagi misai itu terurus dengan baik, dijaga dengan rapi.
aku tetap suka.

Saturday, December 7, 2013

jodoh & mati rahsia Allah

assalamualaikum.

aku bukan puitis. #eh

*kopipes ihsan dari sahabat mukabuku*




bila aku terjaga dari tidur..
aku mula merindukan dia..
"bila hati merindu..tadah tangan ke kalbu..mohon pada Allahu..jaga dia selalu.."
lalu aku memohon padaNya..
"Allah..bangunkan dia dari lenanya..supaya dia boleh bertahajud padaMu..padaku, itu sebenar-benar cinta.."
cinta..rindu..sayang..perasaan itu fitrah manusia..kekadang Allah hadirkan perasaan hati itu sebagai amanahNya..lagi-lagi sebelum kahwin, perasaan itu belum halal..maka, jagalah amanah itu sebaiknya.. kekadang perasaan itu adalah dari syaitan yang nak melalaikan, melekakan..maka..jagalah ia..jauhi diri dari zina hati..walaupun ia cuma perasaan..titipkan rindu dan sayang itu melalui doa pada Allah..yakinlah..Allah Maha Mengetahui isi hati hambaNya..
"sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi. sesungguhnya Dia mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada" (surah Fatir : ayat 38)
to have someone's heart, don't ask the person..ask the Creator who created the heart..

Wanita yang tidurnya 'ganas', biasanya dapat lelaki tidurnya 'sopan' je.
Lelaki yang kerap demam, biasanya dapat wanita yang jarang dapat demam tetapi sekali demam memang parah.
Wanita yang agak boros biasanya dapat lelaki yang pandai berjimat.
Lelaki yang tak reti mengemas, barang sendiri pun tak pernah nak disusun sampai semua barang letak atas meja biasanya dapat wanita yang kemas, suka keindahan, teratur sahaja barang-barangnya.
NAMPAK?
Allah sudah siapkan pasangan itu bukan semuanya macam kita nak dan suka, tetapi disatukan sesuatu yang tak sempurna untuk disempurnakan bila bersama. Jangan ragu aturan Allah, selagi baik agama dan akhlaknya, JANGAN PERSIAKAN apa yang anda ada.



p/s:
peringatan utuk diri sendiri dan semua
haish, aku kuat betul berangan
--''

Sunday, November 24, 2013

niat berkahwin wajib sentiasa diperbaharui samada sebelum,semasa, dan selepas berkahwin!

assalamualaikum (may the peace, mercy, and blessings of Allah be upon you all)

disalin semula dari muka buku seorang sahabat.

"As time goes by, I realize that,
Nikah bukan hanya untuk sehari, nikah bukan hanya untuk suka-suka, nikah bukan hanya dengan orang yang kita suka, nikah bukan terhenti dengan nikah sahaja, nikah bukan hanya dengan dia.
As time goes by, semakin saya faham,
Nikah itu untuk sampai ke syurga, nikah itu penuh dengan tanggungjawab, nikah itu dengan orang yang Allah redha, nikah itu dengan ahli keluarganya sekali, nikah itu untuk membina ummah, nikah itu untuk naikkan saham pahala.
As time goes by, satu per satu yang saya perhatikan,
Bahagia itu pada mereka yang mengerti erti nikah yang sebenar, bahagia itu pada mereka yang bertolak ansur antara satu sama lain, bahagia itu pada mereka yang menerima seadanya, bahagia itu pada mereka yang mendahulukan Allah dan Rasul sebelum pasangan mereka, bahagia itu pada mereka yang saling memaafkan antara mereka.
As time goes by, jelas Allah tunjukkan,
Bahagia bukan pada mereka yang mendahulukan nafsu, bahagia bukan pada mereka yang membelakangkan Allah dan ibubapa, bahagia bukan pada mereka yang tidak faham erti tanggungjawab, bahagia bukan pada mereka yang masih mahu seronok-seronok-macam-zaman-bujang, bahagia bukan pada mereka yang tidak mahu untuk memberi.
As time goes by, pesanan demi pesanan yang saya terima,
'Lihatlah dari sudut yang lebih tinggi, adakah dia layak untuk jadi ayah kepada anak-anak kelak'
'Pilihlah dia yang selayaknya menjadi ayah kepada anak-anak, bukan hanya suami sahaja'
'Perbaiki diri, jadi yang terbaik jika mahu yang terbaik'
'Terimalah dia yang mencari kamu, yang betul mahukan kamu'
'dahulukan istikaharah, ikut iman'
'Kalau dia betul sayangkan kita, dia nak bersama dengan kita hingga dapat masuk syurga sama-sama. Dia akan berusaha tarik kita dari lubang api neraka'
As time goes by, persoalan demi persoalan yang dilontarkan pada saya,
'Bila lagi ni?'
'Nak tunggu apa lagi?'
'Dah ada calon belum?'
'Bila nak dapat kad?'
'Bila nak makan nasi minyak?'
As time goes by, saya tanyakan pada diri,
Sudah cukupkah persediaan untuk membentuk ummah? Sudah betulkah niat untuk ber-Baitul Muslim? Sudah layakkah untuk mengajar bakal-bakal khalifah untuk menempuh dunia nanti? Sudah molekkah diri untuk mahu yang terbaik? Sudahkah perbaiki akhlak, solat, urusan harian?
As time goes by, saya cuba fahami ayat ini,


pernikahan, perkahwinan itu:


Marriage is not about LOVE
It's about making SUNNAH.



p/s:
tak bersedia nak kahwin,
tapi bersedia untuk matangkan pemikiran,
the rest will follow~

Saturday, November 23, 2013

aktifkan blog.

.
.
.
.
.
.
.
cuba kembali aktifkan blog ini.
.
.
.
.
.
.
.
doakan.
.
.
.
insya Allah.
.
.
.
.
.
.
bismillahirrahmanirrahim......





p/s:
masih panjang.
masih banyak yang perlu diperbaharui.

kau. aku.

assalamualaikum.
hohoho.
macam nak mula menaip balik je dekat blog ni.
*dekat kampung sekarang ni. ya Allah dugaan nyamuk memang kuat.*
kau dan aku.
tiba-tiba terlintas kau, terkait dengan aku.
kau boleh jadi orang asing, sahabat, teman, lelaki, perempuan, haiwan, benda, dan sebagainya.
terlalu berbeza.
dalam perbezaan, aku terlihat persamaan.
lumrah manusia, yang beza lebih kelihatan di pandangan mata.
mencuba untuk mencari persamaan antara kita. mencari, lebih banyak.
itu kau. spesifikasi engkau.

aku.
masih di takuk lama.
perubahan.
hampir setiap hari menjadi igauan.
angan-angan.
dimanakah penyesalan?

antara kau dan aku.
kaitannya?
persamaannya?





p/s:
luahan hati yang tersekat-sekat
aku pun faham sekat-sekat
xp

Saturday, November 16, 2013

nak post ape?

assalamualaikum~ knock knock knock~

huu janggal rasa menaip kat blog sendiri. *sekian lamaaa terrpisahhhh akhirnya bertemuuuu*

serabai mana satu tah nak taip ni haa (macam presentation semalam, jawab soalan tunggang langgang, malu dengan PA & SV sendiri). cakap pasal presentation, aku memang present ikut dan je. alih slide laju nak mamp, tengah present & jawab soalan otak boleh lagi melayang fikir menda lain. good job nurdiyana. ok, itu je. dah 'rajin' nak cerita lebih-lebih. jump cerita lain pulak.















perkara yang aku sedar tentang diriku, tapi liat benar nak berubahnya:
-membaca tapi lambat faham, jadi berangan menda lain.
-tak reti tunjuk sayang
-buat kerja last minit
-banyak bagi alasan

empat perkara ni lah yang aku buat semalam *dan sebelum sebelum sebelumnya lagi*
bak kata azri, tulis matlamat kita dan tampal supaya hari-hari boleh lihat dan baca, bukankah juga 1 doa? *sebiji sebiji aku copy, plagiarism xp*


#semogasamasamakitadapatberubahkearahkebaikan