Followers

Sunday, December 20, 2009

same2 kongsi

10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
1) Wahai kawanku,
Segeralah tunaikan shalat di awal waktu. Dikala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ...dimulakan dengan menyebut shalat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan shalat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.
2) Wahai kawanku,
Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera..
3) Wahai kawanku,
Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula, Iaitu sejak anda shalat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh!!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit!!!
4) Wahai kawanku,
Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran, Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya!!!

5) Wahai kawanku,
Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa!!!
Rasulullah saw adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya. Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh. Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi. Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6) Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan!!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair: Berikan kerehatan pada jiwamu. Yang sibuk dengan berfikir. Ubati dengan bergurau. Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau. Mestilah dalam batas. Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7) Wahai kawanku,
Kawallah nada suaramu. Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keledai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam shalat Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8) Wahai kawanku,
Usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh!!! Hindarilah....mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat...apabila ada tujuan syarie. –untuk menuntut keadilan apabila dizalimi -untuk menghapuskan kemungkaran –kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan -kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9) Wahai kawanku,
Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.
10) Wahai kawanku,
Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi saw bermaksud: "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya.



p/s:
trima ainul krn sudi brkongsi...
n_n

reaksi...SAHABAT

assalamualaikum...

drpd ku:
sahabat,
ukhwah yang dibina biarlah seperti tasbih,
ada awalnya tiada penghjungnya,
dicipta untuk memngingatiNya,
dicantum kerana cintaNya,
diratib demi redhaNya...
missing u always...
may Allah blessed u...
<3>


syakinah (20/12 12.20 am):
dh lma x dpt msg dri hg


mira-C304(20/12 12.22 am):
asal weyh,ttba niyh...he2..mis u 2!
:-)


zalina-uox (20/12 12.24 am):
"k-a-w-a-n" seperti
belon2..
skali
awk
biar
mrk prgi,
awk x
akan
dapat mrk blk..
sbb tu
sy akn ikat
awk
kuat2
dlm
"H-A-T-I"
saya..(",)



hani-pasum (20/12 12.52 am):
"UKHUWAH itu trbina ats ranting k'jujuran..
brtunjangkn mahabbah fillah...
lalu membuahkn k'manisan ikatan..
jika t'pesong..
maka, patahlh rnting,rputlah akar lalu rosaklh buah..
tman bkanlah smestinya sntiasa dkt jaraknya..
ttapi y sntiasa dhati & d ingati dlm stiap bisikan doanya...
ukhwah fillah abadan abada..


wana (20/12 2.51 am):
saat pari2 datang menghampiriku..
dan bertanya apa aku mahukan hari ini..?
lalu aku mjawap..
"tolong jga org yg baca msg nie,
krana dia seorg yg kusyg...
syg ko d..
hehe..



salam-uox (20/12 5.02 am):
hdup ini pnuh dng pljran,
biasakn drmu mngucp Alhamdulillah krna dr situ kta dpt bljr utk tdk sombong,
brsyukur dan mnghargai apa yg dproleh.
biasakn drmu mengucap Astaghfirulla krna dr situ kta dpt bljar merndah dr,
menyucikn hati dan jauh dr sifat mazmumah.
dan biasakan drmu dgn zikrullah krna dr situkta dpt bljr menenangkn hati dan
menenangkn hati dan menyedarkn dr bahawa kta adlh hamba..
salam mujahadah :-)


sakinah-uox (20/12 7.24 am):
duhai shbt..
aku inginkn prshbtn indah ini bisa mnjd syfaat d pdg mahsyr nant..
ktkn smua umat manusia gusar mncri plindungan,
Allah menyeru 7 golongan..
antra y 2 shabat yg sling brksh syg krn Allah,
mrka btmu & brpsh jua krn Allah..
Ya Rabbi ktkn bhang mahsyarmu mnjilat tbuh,
izinknkami b'sama2 b'tduh..
ktkn mizanMu teliti mengira,
bratkn neracanya ats stiap jasa..
naungilak kmi disana.
brkt ksh smata2 krnaMu,
andai ku layak ke syurgamu,
ku pnta SAHABATKU ini brsama..
AMIN..
luv u 2..


khadijah-uox (20/12 7.48 am):
ya Allah,
kranya RasulMu b'teman kurniakn jua ku teman,
tp biarlh tman2 dr lorong2 y m'bnrknMu spt kbnrn AsSidiq.
biarlah tman2 dr pntu2 ilmuMu spt Ali.
Ya Allah,
kranya smua i2 xlyk utkku,
ku brsyukur d'prtme tman y satu ini.
mgkin pdnya ad sgalanya y xpnh ku selami.
mgkin pdnya trltk ap y ki impi slama ini.
tp,jka ku seorg yman yg xmnghargai,
kau ampunkn dosaku,
& kurniakn kgmbiraan kpd tman ku ini..
amin.
luv u 2..
ukhwahfillah B-)


p/s:
terima kasih
sahabat
teman
kawan
rakan
seperjuangan kita bersama

salam...

1st book...twilight...

i did watch d movie...
hate it...
coz dont understand at all...
but...
when i read new moon...
i noe why...
i did finished read diz book today n_n


diz book...
quite predictable...
the flow of d story is easy 2 undrstnd...
byk monolog dlman oleh bella...
in diz book,
started 2 like jake...
hee...
worth 2 buy it...
n_n
p/s:
hate her inner monolog,
coz too much...
make me lazy 2 read..
haha..but...
fortunately,
i have'nt watch new moon movie yet..huu
ilhami,i'll wait for ur 'blanje'~

Saturday, December 19, 2009

the gift

assalamualaikum...

diz da hardest novel i tried 2 finished..

hehehe...

half of d book,likes lulaby..

like bedstory,POP...my eye closed..zZzZz..

heheh...bcoz da boring part of da book almost half book...

basically da book is about a man (name lou), workaholic person...

his relationship btween his family n his wife getting worse...

suddently,homeless man(name gabe)...

give him new order of his schedule...

bcoz of gabe,he had happy moment with his family and wife...

coz gabe gave him some kind of 'headache pils' which make him split into 2...

sounds crazy,(so that gabe can make 2 job at 1 time)

at the end...

lou died,car crashed...

y he died?

better read da novel...

hehehe...

p/s:

finally,the longest time i took to finished read this book...

the font quite small...

her novel very descriptive...

interesting novel eventhough i kept fall asleep...

basically diz story about MASA ITU EMAS...

hee

salam maal hijrah

assalamualaikum...
sempena maal hijrah...
ak tringt 1 lagu nasyid nh...
mse zmn ak skol rendh dlu...
satu muharam detik permulaan
perpindahan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota mekah ke kota madinah
atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakan islam tercinta
hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah itu perpaduan
oleh itu
mari semua
kita sambut maal hijrah
tingkatkan semangat
tegak kan syiar islam
untuk sepanjang zaman
p/s:
azam kuh...
utk mencapai segalanya terbaik beserta dgn keredhaan Allah...
insyaAllah

Tuesday, December 8, 2009

da abis bace~

assalamualaikum...


actually lme da nk post about this book...
but,as usual i'm lazy+busy
hehehe...
this book written by sophie kinsella(i think it was my 2nd novel i finished read)
'can u keep a secret?'
really funny(LOL)
when she get scared,she told all her secrets to unknown person beside her..
bla...bla...
d unknown person was her new boss...
then,she fall in love with her own boss...
i have so much to write here,but...
u all should read it by urself...
hee...



p/s:
overall the novel was funny,,,
i was laughing by myself+alone...
ppl around could say that im weirdo~
haha...
but,dat novel does not belong to me..
huhu..
thnx 2 izzaty(upm membe~)

Sunday, December 6, 2009

perak.kedah.

assalamualaikum...

pergi perak...amik bdk nh...*angah*



*kompom kerbau phm*
g kedah...mlawat muzium padi


masjid kt alor star...
sgt cantik...





p/s:
bln 11 nye mlancong...
25-28.11.09...
5.12.09 lak makcik ak (yg ak lwat skali mse g kdh) besalin

Wednesday, December 2, 2009

FACEBOOK & YAHUDI...4 ur info..bkn nk wt kontroversi,hee

assalamualaikum...
bru je bc info nh kt myspace,
buletin ini d post oleh syahriel ana smpai kn kt blog ana eyh~n_n
sy pon bru bc...
buat kita brfikir~
Sumber:Majalah Al ISlam,Keluaran September 2009

Sedar atau tidak dalam kealpaan kita melayari Facebook kita membunuh mereka dalam keadaan yang tanpa kita sedari. Kalau sebelum ini kita memboikot barangan keluaran mereka,kini satu lagi wasilah yang mereka gunakan untuk membunug saudara kita di Palestin. Sebelum itu saya ingin timbul persoalan:adakah sebelum ini anda kisah tentang cakna tentang saudara kita disana atau sekadar melepas batu ditangga...sama2 muhasabah diri kita...
10. sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Tabarakallah...
Artikel dalam Majalah Al Islam membongkar rahsia musuh Islam disebalik Facebook ini...Kembali kpd fenomena Facebook, tahun lalu pengguna tetapnya menjangkau 140 juta org. Tetapi baru-baru ini Facebook mengeluarkan kenyataan, penggunanya meningkay ke 240 juta org. Satu angka yg cukup besar untuk tempoh setahun. Jadi tidak hairanlah jika Facebook boleh menjana pendapatan hingga AS$300 juta pada tahun 2008.
Dua buah negara yang telah menyekat penaksesan laman web ini atas sebab2 tertentu iaitu Indonesia dan Iran.Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-sdesus yg mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza.

Siapakah Mark Zuckerberg???

Daripada kajian yg dilakukan, Facebook dimiliki oleh Mark Zuckerberg, seorang graduan sains komputer dari Universiti Harvard....bla2...bla2...







slps mendpt komen drpd sahabat2...
rasenye,yg nie lg mengurangkn konpius anda sekalian thnx 2 ustaz zaki...

artikel drpd http://saifulislam.com/?p=6714...

FACEBOOK DAN YAHUDI

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.


Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:

“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”

Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI

Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.

Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:

“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.



p/s:
huhu...psl boikot nh...
mcm2 yg ak dgr...
konpius,,,
ta taw la nape nk ckp ayat nh...mencari yang halal itu wajib...
ala,korg bleh pk sndri mane baik mane buruk,think wise...
klu cm aku r,ak xwt fb coz ak tw nant ak akn lalai,ckup r ade ms jek...
huk3