Followers

Wednesday, July 7, 2010

mengigau??

assalamualaikum...


orang cakap kalau seseorang tu tengah mengigau,
kita tanya soalan, die memang akan jawab and give correct answer
haha,,,
aku x de lah percaya sangat
tapi~~
tadi, I heard my sis mumble2..
die memang kerap ngigau malam
so, I asked a few question

me: adik, adik pernah curi duit abah x?
adik: pernah
me: ye? bila?
adik: bulan lepas
me: berapa ringgit?
adik: enam
me: adik amik kat mana?
adik: tabung
me: masa bila adik amik?
adik: zZzZz..

hahaha...
its work!!!
seriously esok memang kena la adikku~
haha


p/s:
rasenye kan ia akan berkesan kalau seseorang tu
mengigau dengan jelas ya
so memang senang nak tanya pape.
n__n
agak2 die ngigau lagi x?
haha

Sunday, July 4, 2010

Friday, July 2, 2010

Do'a

assalamualaikum...


mari2..jom kita berkongsi sedikit ilmu sebentar. Post kali ni nak sampaikan maksud do'a untuk Al-Ma'thurat.
before that, meh cerita serba sedikit kelebihan membaca Al-Mathurat (susunan oleh AL-IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA) ni. n_n

Al-Ma'thurat dimulai dengan ucapan 'aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar Mengetahui daripada gangguan syaitan yang direjam.' Ucapan ini sudah menunjukkan betapa besarnya harapan seseorang hamba kepada Allah agar dapat menghindarkan diri daripada sesuatu yang menyesatkan.

Bacaan al-Fatihah dalam zikir ma'thurat adalah sat bacaan yang agung. Pahala yang besar diperolehi sekiranya membacanya dengan penuh penghayatan.
Rasullulah telah bersabda:
"demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya belum ada surah (al-Fatihah) yang diturunkan dalam taurat, injil, zabur atau furqan yang mampu menandinginya. Dialah tujuh mathani dan al-Quran yang agung yang telah diberikan kepadaku. Membaca surah al-Baqarah pula juga dapat memperolehi pahala yang besar."

membaca ayat al-Kursi pula, mampu menghindarkan diri daripada gangguan syaitan.
daripada Ibn Mas'ud, Rasullulah SAW bersabda:
"siapa yang membaca sepuluh ayat, ayat-ayat surah al-baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk di dalam rumahnya sampai pagi."
(Riwayat al-Tabrani dan al-Hakim)

beruntunglah bagi mereka yang mengetahui nilai zikir da do'a dalam kehidupan kita~

do'a selepas membaca al-ma'thurat (maksudnya):
"Ya Allah, restui dan berkatilah junjungan kami Nabi Muhammad sebagai hamba, Nabi dan Rasul-Mu yang ummi. Berkatilah juga keluarga dan sahabat baginda. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya. Kami pohonkan sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui oleh-Mu atau sebanyak perkara yang ditulis oleh Kalam-Mu dan sebanyak yang dirangkum oleh kitab suci-Mu."

"Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap, Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup (Din) yang mantap, selamat daripada segala bahaya. Kami memohon, Ya Allah, kecukupan daripada segalanya sehingga tidak sampai kami terpaksa meminta-meminta daripada orang lain."

"Berikanlah kami, Ya Allah, iman yang sebenar-benarnya sehingga kami tidak lagi merasa takut, mengharap dan menyembah selain daripasa-Mu."
"Kurniakanlah naungan rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja bersama-sama kami."

"Janganlah, Ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun pada kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih singkat daripada itu. Ya Allah, ya Tuhan kami, Engkau Tuhan Yang Maha Memperkenankan segala permintaan."

"Selawat dan restu-Mu untuk junjungan kami Muhammad SAW, Nabi yang mulia dan kepada keluarga Baginda serta para sahabat Baginda seluruhnya."


p/s:
amalkan lah selalu membaca al-Ma'thurat
setiap pagi dan petang
antara kata-kata Syeikhul Islam dalam Al-Kalimuttayyib:
'Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya.'

wanita solehah

assalamualaikum...