Followers

Tuesday, April 21, 2015

kemudahan dan kesenangan

assalamualaikum.



semalam aku risau.
risau sebab dua benda tak siap lagi due data nya isnin semalam.

1. assignment omics (aku tak faham! sebab tu susah sangat nak buat, sekarang masih jugak lagi tengah buat!)

2. animal ethic. (pun aku lambat nak faham. toxicity is broad study, now i know --')


Alhamdulillah.. segalanya Allah mudahkan urusan.
hal nombor satu tu lecturer cakap boleh submit dalam minggu ni.
hal nombor dua pulak Dr Azrina (supervisor ku) tolong sort out to choose which guidelines OECD yang suitable untuk tajuk study aku ni.


ye, aku perasan segalanya urusan aku dengan hal-hal duniawi ini banyak yang Allah mudahkan.
dan ini bukan bermakna aku boleh terus rasa bahagia sebab semua aku nak aku dapat.
aku takut.
aku takut dengan kemudahan dan kesenangan ini akan membawa aku hanyut terus kedalam duniawi semata.
disebalik kesenangan dan kemudahan Allah bagi itu, ada hikmah dan ujian yang Dia sedang uji aku.
apakah ujiannya?

tepuk dada, tanya IMAN.






p/s:
posisi aku pada roda bulat itu,
berada paling bawah.
aku wajib mengerah hati untuk melawan nafsu,
berusaha membawa posisi itu kembali keatas.
tika hampir turun ke bawah,
alert! kambalikan ke atas.

Sunday, April 19, 2015

pulanglah.

assalamualaikum.




pulanglah kepada Tuhan.
Allah memanggilmu.
jangan putus asa.
pulanglah.
jangan mudah lupa.
kembalilah.
pada yang SATU.




insaflah.
nasuha.

Friday, April 10, 2015

kot bulu arnab dan kajian tikus lab.

assalamualaikum.



aku teringat.



Alhamdulillah aku dapat sambung master sains bidang sains pemakanan dengan tesis.
buat research weh! (sungguh aku ni tak pandai serta tak rajin T_T)
sanggup jugak ambil master sebab tajuk tesis yang ditawarkan sangat menarik.
aku suka sangat buat kajian dengan binatang. 
bila buat hands-on dengan binatang aku jadi nampak apa yang aku kena buat, apa yang aku nak kaji, dan apa kesan/hasil kajian aku tu.

dan,
tadi aku tersedar, aku pernah menonton video orang buat kot bulu arnab (which that arnab bakanya mahal)
cara dia mendapatkan bulu arnab itu adalah dengan mencarik-carik bulu arnab yang comel itu hidup-hidup!

binatang tu menjerit-jerit kesakitan sampai pengsan wei!
depa pi ikat kaki dan tangan arnab tu sambil tarik-tarik bulu dia sampai kulit dia berdarah.

when I recall this cruel & violent video, haru bila membayangkan apa yang aku akan buat pada tikus-tikus aku nanti.

aku jadi bersalah yang amat dekat tikus tu T.T


masa degree dulu aku buat kajian dekat tikus jugak, siap buat force feeding lagi! paksa jolok makanan spesifik kedalam kerongkong tikus tu.

aku takut + kesian kat tikus-tikus tu, it takes 2 weeks for me to settle down with shiver when ever I had to feed them.




felt terrible.
Maafkan aku wahai tikus-tikus.



p/s:
mulakan semuanya dengan nama Allah.
semoga Allah permudahkan urusanku, sahabat-sahabatku dan tikus-tikus itu juga.
betulkan niat, may Allah ease.